Noted!!!


Friday, April 1, 2011

Kongsi Mongsi !!!

em...hari ni aku bru bca buku "Aku Terima Nikahnya 2 - BERCINTA SAMPAI KE SYURGA" hasil penulisan Hasrizal Abdul Jamil.
emmm...ape yg wat aku tertarik dgn isi dalm buku ni...
...1st, dikongsikn ayat 74 surah al-Furqan:
"Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: 'Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata(penenang hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi org-org yang bertaqwa'."
doa tersebut menggunakan konsep imam dan makmum dalam pengendalian peranan suami dan bapa kerana merupakan doa yg disertakan dengan amali(pengorbanan, kesusahan dan ikhtiar). Mna mungkin begitu mudah memohon agar Allah mengurniakn 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak2 tnpa trlebih dahulu berikhtiar, sebagai memenuhi Sunnatullah yg mmberi kpd yg brusaha.
...2nd, Mengajar melalui tingkah laku dan bukan hanya dengan konsep carrot and stick sbg metodologi mudah amalan kebanyakn. Walk your talk, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yg bertaqwa.
...3rd, petikan drpd Chiken Soup for The Teenage soul on Love & Friendship:
"If I had my child to raise over again" by Diane Lemons...
and ayat yg ditegaskan..."I would do less correcting and more connecting". selalu benar seorang suami itu cenderung kpd correcting terhadap kesalahan isteri sedngkn hak isteri utk 'dihubungi' oleh suaminya tidak dipenuhi. "Mereka mahu 'dihubungi'.Mereka mahu rasa 'dekat' dengan bapa mereka".
...4th, "Ayat-ayat Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy. Mungkin kebanyakan melihat novel ini sebagai panduan bercinta manerut Islam(hehe...termasuk aku). Sebaliknya, ketika Fahri berada dalam penjara, disitulah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa. Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannyanbagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga yg membacanya:"Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS ... SABAR dan IKHLAS itulah Islam.". Ya, kasalahan Fahri adalah pada sangkaannya bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. (petikan filem) "Apa salah saya kepada Allah?" soalan seorang manusia bernama Fahri. "Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila. itulah beban "Ayat-ayat Cinta", bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, amal, dan ibadahnya kepada Allah. Tetapi, IKHLAS dan MUSUH IKHLAS itu 'sulit'. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yg hitam pekat.
...5th, Surah al-Ankabut ayat 2:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji?".
Maka lelaki soleh yang difitnah zina, isteri solehah yg dikhianati suami, suami soleh yg dikufuri isteri, anak soleh yg disakiti ibu bapa(kandung @ mentua), ibu bapa solehin yg dikecewakn anak oleh perbuatan buruknya ... ketahuilah bahawa Allah sedng berbicara kepada kamu. Bicara utk mnyedrkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-NYA. Bahawa sebaik mana pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. "Kita sentiasa layak diuji... Kerana kita adlh HAMBA. Justeru hancurkanlah RASA MAMILIKI!"
...6th, "Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan". "Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa". Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda' r.a memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda' berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya."(Hadis sahih riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). "Allah telah meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak adalah berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa". "Sebagaimana ibu bapa mengasihi kita tanpa syarat, begitulah kita memohon agar dikasihani Allah keatas diri ini tanpa SYARAT".
...7th, "Manusia lain mungkin boleh memaafkan, tetapi maafnya sukar menambah kasih". Tiada makhluk yg mampu mengambil acuan itu ... memaafkan dan seterusnya menyayangi. Malah semakin kerap insan terpaksa memaafkan insan yg lain, semakin hubungan mnjadi tawar dan hambar. Kecuali Ibu ... Hanya dia yg Allah limpahkan dengan cenderung yg begitu, bahawa anak yg memohon ampun diampunkannya. Kemaafan tanpa syarat kerana sayang, kemaafan yang seterusnya menambah lagi sayang itu. Hati seorang ibu...
(mmbaca ini mmbuatkan ingatan aku kmbali kpda ibuku...moga Ibu ditempatkan dikalangan org yg beriman.)

hmmm...sayu gila...rasa diri bgitu truk...
td bka fb...kakakku(wani radzuan)... dy suruh baca post di fb...(telah aku share) mngenai seorang insan yg kmatian ibunya akibat kanser...dan skali lg air mata aku mngalir...bkn kerana trlalu sedih baca cerita itu...tp kerana mngingati aku yg x berada disisi ibu smasa detik kematiannya dan trlalu bnyak prkara yg belum smpat aku buat utk ibuku...walau malang mna pon nasib kita...masih ada org yg lagi malang dr kita...jadi...bersykurlah...akhir kata...Allah tidak akan menguji hambanya diluar batas kemampuan hambanya itu...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment