Noted!!!


Monday, April 4, 2011

Soal Jawab Mengenai Couple...

SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE…
KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,
MINUM-MINUM DI KAFE.ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan. 
KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT
KE ARAH ITU.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat 
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang
pertama,Adam dan Hawa.Iblis amat licik. Ingat,pesanan Rasulullah :
Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang
ketiganya,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA
PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS
SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!
 Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat
laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada
suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.
Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan
akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE? 
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan
perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina
dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke
tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman
(muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan
diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG
PELAJARAN SAHAJA! *(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
 Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit
di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan
berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan
jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.


SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP.
*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua.
Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang
pelajaran, yang lain tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN. 
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah
manusia.
KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI
SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang bolehmemberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN
DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH
TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri
itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu
datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh
pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat!
Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar
tanpa naluri atau nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM. 
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul,
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan
cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia
gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI
KEPADA PENZINAAN?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan.
Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,
dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang
macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan
putih bersih tanpa nodadaripada seekor nyamuk sekalipun!
MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP
SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
 Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang
ditegah takut manusia akan kecundang.
JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI? 
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia.
Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa
supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan.
Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah
berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri
pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara
tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah
berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA
TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH
UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT
KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan
lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan
watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa
bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk
akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian
pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi.
Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan
terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena
tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Kalau mahu mengetahui
peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi
pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat
semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan
sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan,
adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah
pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing.
Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh
mengenali sesama sendiri dengan lebihdekat lagi.

PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG
KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.


Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan
manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.

Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan
itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui
proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun
canggung, bagaimana kesudahannya?


TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE?

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta
yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama.
Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu
daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini
sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk
dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke,
semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.


JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?


Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.
Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak
menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu
terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah
tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima
cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah
cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang
yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang
pernah berzina. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan
perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang
pernah bercinta jugatidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah
bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN
DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?


Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI


Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,
jangan diharap pada janji lelaki.Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga
menjadi pepatah.


SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI
YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.


Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil
seseorangwanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,
dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,
lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang
menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA
PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut syariat)


Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand
sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada
orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee
goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.


MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?


Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun
jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada
pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya
(yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan
bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)


BAGAIMANA KAMI?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon

keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH
BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.


Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga
syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup
yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak
akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama
isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin
bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar &kurang rasa cinta setelah
menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah
dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaankeremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku
sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang
lain.Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima
taubatmu.


KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA
JODOH, TIDAK KEMANA!

P/S : PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT,
BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI,
SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.

(diambil directly from...
http://u-jam.blogspot.com/2010/12/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
...sekadar nk berkongsi...keputusannya...terserah pada diri sendiri...)

No comments:

Post a Comment