Noted!!!


Friday, April 15, 2011

Anak Angkat

Di faktab oleh AlexiaAqram

Berikut merupakan kiriman penulisan yang di kirim ke email Terfaktab (terfaktab@gmail.com) oleh pemuda yang meminta tidak mahu mendedahkan identitinya. Apatah lagi mahu memberikan link-nya. Katanya, "Aku terlalu hensem untuk di dedahkan". Marilah kita membaca penulisannya berkaitan Minggu Familyhood. Enjoy!

"Saya anak angkat? Oh tidak. Mama mesti menipu. Mama penipu!"

Skrip tipikal drama-drama yang berkisar tentang keluarga angkat selalunya berakhir dengan tragis bila mana yang diangkat akan melarikan diri jauh dari yang mengangkat. Lari kerana tidak dapat menerima kenyataan. Bodoh.

Sebenarnya drama itu mengajar semua anak angkat supaya tidak lari dari keluarga angkat meski mereka sudah dewasa dan mampu hidup sendiri malah berupaya untuk melupakan jasa ibu dan bapa angkat mereka membesarkan mereka.

Adakah anda yang membaca ini anak angkat? Jika ya, usah tundukkan kepala. Usah malu usah takut dengan masyarakat. Adakah masyarakat itu yang membesarkan anda? Adakah masyarakat yang memberi anda makan dan mendaftarkan anda ke sekolah? Tidak.

Aku pernah disakat oleh jiran-jiran.

"Amin (bukan nama sebenar) anak angkat!" menjadi nyanyian mereka sepanjang permainan. Aku yang tidak mendaftar di tadika semestinya sebak dan tidak rela mengiyakan kenyataan. Namun kebenaran sentiasa menyakitkan.

Tahun demi tahun, aku sedar siapa aku. Kadang-kadang aku sendiri tidak sedar aku ini diangkat sedari umur 4 bulan. Sebenarnya tiada siapa yang menenangkan aku. Aku tenang dengan sendirinya. Bagaimana? Keluarga angkat.

Mereka bukan sekadar keluarga angkat. Nilai kekeluargaan mereka tidak memerlukan sedarah sedaging, segalur dan sebaris. Keluarga itu sendiri yang mendefinisikan terma keluarga.

Pernah kita (anak angkat) membayangkan hidup tanpa keluarga angkat sekarang? Aku pernah dan aku terbayang neraka dunia. Siksa dan sengsara. Tiada siapa yang salah cuma aku terfikir bagaimana aku tanpa mereka (keluarga angkat).

Pernahkah kita terfikir bagaimana satu pihak yang tidak ada kena mengena dengan kita sanggup melayan kita seperti anak mereka sendiri?

Jangan jadi Mario Balotelli yang khabarnya membuang darah daging sendiri kerana alpa dengan pencapaian selepas dibesarkan dalam keluarga yang kaya.

Lihat siapa kita sekarang. Bertahun-tahun dibesarkan keluarga angkat, adakah kita rasa kita yang sepatutnya kita? Seorang manusia.

Aku juga kenal siapa keluarga aku yang betul dan keluarga angkat aku tidak langsung semena-mena menolak kehadiran mereka selepas aku mampu berdiri dan berlari. Jangan sekali-kali disamakan kisah hidup kita dengan drama swasta mahupun propaganda Hollywood. Sekurang-kurangnya di Malaysia, keluarga angkat tidak dibenarkan menukar nama ibu/bapa anak angkat sewenang-wenangnya.

Cukup. Bosan sebenarnya jika dikatakan pengaruh keluarga itu satu pemboleh ubah kepada perubahan tingkah laku seseorang anak. Bukan aku menafikan, mengapa tidak kita memulakan perjalanan beribu batu dengan langkah kita sendiri.

Kejam jika aku katakan nasib adalah satu permainan. Kepada yang tidak bernasib baik, aku berdoa agar kehidupan kalian diberkati dengan satu keluarga bahagia yang dimulakan kalian sendiri.

Berhikayat mengenai keluarga bukan cerita satu malam. Kisah keluarga angkat sebenarnya bukanlah satu neraka kepada anak-anak. Menjadi anak angkat adalah satu cabaran yang tidak dapat dimiliki semua orang.


nota kaki : anak angkat merujuk kepada anak yang dibesarkan oleh mereka yang tiada sangkut paut berdekatan dengan susur galur si anak angkat. Cuma anak yang dibesarkan oleh mereka yang mahu berkongsi kasih sayang keluarga. Anak angkat juga bukan mereka yang diangkat kerana faktor rupa, nafsu dan harta (suka-suka).

(p/s:aku setuju sgt2 dgn cita ni...walaupon aku bkn anak angkat...cuba fikir balik...knp nk lari...sedangkan...apa beza keluarga angkat dengan keluarga sendiri...padahal keluarga angkat lebih berjasa sbb...tanpa pertalian darah...mereka snggup bela...korban wang ringgit...utk anak angkat...hmmm...)

No comments:

Post a Comment