Noted!!!


Thursday, April 14, 2011

Renungkan...

" Alasan kenapa seseorang tak pernah meraih cita-citanya adalah kerana dia tak mendefinisikannya, tak mempelajarinya, dan tak pernah serius berkeyakinan bahawa cita-citanya itu dapat dicapai. "

(1st baca trus aku rasa tertarik...hehehe)

4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:

Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.

Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati. " Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)

Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.

Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah.

(Renung-renungkan dan selamat beramal)


No comments:

Post a Comment